Wednesday 23 March 2011

Kucing Saya

      Nama kucing saya ialah Didi dan Koko.Mereka selalu bermain bersama-sama.Mereka juga makan dan minum bersama-sama.Didi sejenis kucing Persian.Koko pula kucing jenis Ragdoll.Didi berusia 1 tahun dan Koko pula berusia 4 tahun.Apabila mereka hendak tidur,mereka tidur di atas katil saya dan ibu bapa saya.Mereka kucing yang sangat comel.Muka Didi seperti muka orang tak buat salah...hahahhaahaha.Muka Koko pula seperti orang tidur....hahahahahaha.Saya sayang mereka!!!


Didi














Koko



Dapat Berjumpa Dengan Dato' DR. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie

         Pagi tadi saya dapat bejumpa dengan Dato' DR Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie (angkasawan pertama Malaysia ke I.S.S) yang datang melawat ke sekolah saya iaitu SKTTDI (1),Kuala Lumpur.Mula-mula kami semua bergerak ke dewan PIBG sekolah....kami beratur mengikut barisan.Apabila beliau sampai di sekolah saya berasa amat teruja...bila beliau masuk ke dewan kami terus memberikan tepukan gemuruh kepada beliau.Kawan-kawan saya mengambil gambar beliau dengan penuh gembira.Lepas tu,beliau menceritakan pengalaman beliau ke angkasa lepas.Beliau menceritakan cara beliau mandi,menggosok gigi,bersolat,bermain,bersenam dan macam-macam lagi.Beliau juga menceritakan bagaimana cara nak makan sarapan pagi dan makan tengahari.Beliau juga mengajar kami hendak minum dan makan sewaktu berada di I.S.S.Beliau berkata "hanya 45 minit siang dan 45 minit lagi malam semasa berada di I.S.S".Alamak....saya terlupa pulak,bagaimana beliau pergi ke angkasa lepas?Beliau pergi ke angkasa lepas dengan menaiki roket SOYUZ buatan Russia.Beliau berlepas dari Kazakhstan.Beliau juga bersolat mengikut waktu solat Kazakhstan.Beliau cuma mengambil masa selama 8 minit dan 45 saat untuk sampai ke angkasa lepas.Dan beliau mendarat ke bumi di ladang yang lapang.Saya dan rakan-rakan saya pergi mengambil gambar bersama beliau.Beliau juga menandatangani DVDnya yang saya beli yang bertajuk "Angkasawan....Inspirasiku" dan juga di model roket ciptaan saya.